Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur
1.JumpStreet Trampoline Parks, PJ
JumpStreet Trampolin Parks adalah tempat permainan baru terletak di Petaling Jaya. JumpStreet ini sangat menakjubkan dengan beratus tempat melompat dari lantai ke dinding, khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Tiada masalah jika anda tidak pernah melompat ke atas trampolin sebelum ini, kerana anda boleh mencubanya tanpa ragu-ragu. Untuk mencuba permainan ini, anda boleh pergi ke JumpStreet Trampoline Parks yang terbesar di Asia.
Harga
| General Admission | Per Hour |
| Off- Peak | RM22 |
| Peak | RM27 |
| Stokin Grip* | RM5 |
2.Flyboard, Putrajaya
Terbang di atas air seperti superhero tidak lagi fantasi. Terima kasih kepada Flyboard Malaysia yang beroperasi di Marina Putrajaya. Flyboard Malaysia ini akan memastikan keseronokan dengan melakukan aktiviti lasak ini. Sebelum anda mengendalikan dan terbang dengan gaya bebas, pakar terlebih dahulu akan memberi tunjuk ajar cara mengendalikannya bagi membiasakan diri.
Waktu Operasi
Jumaat-Ahad: 9:00 am – 7:00 pm
Hubungi
Lokasi: Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
3.ATV Adventure, Kemensah
Satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota adalah sukan ATV di ATV Adventure Park. Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu.
Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan.
Harga ATV Kemesah
| Jenis Pakej | Harga |
| 1 Jam – 1 Jam 30 Minit: 7 Level Air Terjun | RM 100 |
| 1 Jam 30 Minit – 2 Jam: Air Terjun Sofea Jane | RM 150 |
| 2 Jam – 2 Jam 20 Minit: Bukit Tabur / Dam | RM 200 |
| 3 Jam – 4 Jam: Bkt Tabur / Dam / Sg Liza / Dataran Mas / Bukit Lalang | RM 300 |
Waktu Operasi
Isnin – Ahad: 9am to 6pm
(Tutup dari 11am to 3pm pada hari Jumaat)
(Tutup dari 11am to 3pm pada hari Jumaat)
Lokasi: ATV Adventure Park, Kg. Kemensah, 68000 Hulu Kelang, KL
4.Skytrex Adventure, Shah Alam
Skytrex Adventure Shah Alam adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, dari pokok ke pokok, pengalaman bergayut, dan meluncur pada pelbagai halangan di udara ini yang akan memberikan kepuasan kepada diri anda. Kebiasanya, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan ataupun teambuilding.
Harga Skytrex Shah Alam
| Litar | Little Adventure | Big Thrill | Extreme Challenge |
| Harga | RM 35 | RM 45 | RM 55 |
| Tahap Kesusahan | Beginner | Intermediate | Advanced |
Waktu Operasi
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti yang dipilih sahaja)
Paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM
Paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM
Hubungi
Management & Administration Office, C33-2-7 Block C Jaya One, No. 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.




No comments:
Post a Comment